Science is not everything, but
science is very beautiful"
J.Robert Oppenheimer
Berbadan cengkung, kurus, tinggi dan mempunyai sepasang mata yang tajam.
Beliau jarang berenggang dengan rokok dan paip. Itulah sosok yang dimiliki oleh
Julius Robert Oppenheimer menurut
Kai Bird
dan
Martin J Sherwin dalam sebuah buku biografi tulisan mereka
berdua berjudul
American Prometheus : The Triumph and Tragedy of J.
Robert. Oppenheimer. Lihat sahajalah di mana-mana sahaja gambar beliau
terpampang baik di media, dalam biografi, internet dan makalah-makalah yang
berkaitan dengannya, Oppenheimer jarang berpisah dengan rokok.
Julius Robert Oppenheimer atau dikenali juga sebagai Oppie oleh rakan-rakan
terdekatnya adalah salah seorang fizikawan yang memberi sumbangan penting dalam
fizik teoritikal dengan teori dikenali dengan istilah
Born-Oppenheimer
Approximation yang termasuk dalam salah satu topik mekanik
kuantum.Teori Beliau bersama tokoh fizikawan Jerman,
Max Born
telah mengemukakan teori tersebut dengan fakta yang memperihalkan nukleus
adalah lebih berat berbanding elektron. Disebabkan perbezaan berat jadi
pergerakan nukleus adalah lebih perlahan berbanding pergerakan elektron.
Oppenheimer dilahirkan pada 22 April 1904 di New York USA.Bapanya adalah
warga Jerman yang berpindah ke Amerika dan mengecapi kejayaan dan beroleh
kekayaan melalui perusahaan industri tekstil. Ibunya pula adalah warganegara
Amerika yang mempunyai latar belakang sebagai seorang pelukis dan pernah
menuntut di Paris. Oppenheimer dan abangnya, Frank Oppenheimer telah dibesarkan
dalam keadaan yang selesa berbanding orang lain Kedua-duanya mula bersekolah di
Ethical Culture School dari pendidikan awal sehingga ke pendidikan
tinggi.Beliau bukan hanya mempelajari matematik dan sains tetapi juga mempelajari
Greek,Latin,Perancis dan Jerman.Beliau telah menamatkan zaman persekolahannya
pada tahun 1921.

Di zaman pendidikan awalnya di sekolah beliau mengambil mata pelajaran
matematik dan sains di Ethial Culture School
di New York,.
Pada masa yang sama Oppenheimer sangat berminat untuk mempelajari bahasa
asing seperi Greek,Latin,Perancis dan Jerman.Beliau seronok mempelajari bahasa
dan berjaya menguasainya dengan pantas hanya kerana untuk membaca sesuatu karya
yang ditulis dalam bahasa aslinya bukan melalui penterjemahan.Beliau juga
mempelajari bahasa Belanda selama 6 minggu yang bertujuan untuk membentangkan
kertas kerja penyelidikannya di Belanda.Selain bahasa, sains serta
matematik, Oppenheimer juga menunjukkan minat dalam bidang falsafah
klasik. Selepas tamat persekolahan, Oppenheimer telah berjaya menempatkan dirinya
di Harvard University untuk menyambung pengajian
ijazah pertamanya.Selain pintar dalam fizik dan kimia beliau juga mendaftar
untuk mengikuti pengajian bahasa, puisi dan mengembangkan minatnya dalam
Oriental Philosophy.
Oppenheimer yang juga dikenali sebagai Oppie oleh keluarga dan sahabat
terdekatnya adalah seorang yang kuat, tinggi, kurus, bercita-cita tinggi dan
tekun menjalankan penyelidikan. Beliau memperoleh gelaran PhD di Jerman selepas
lulus ijazah pertama dari Harvard. Disebabkan merasakan masih belum puas dan
ingin mendalami ilmu pengetahuan dengan lebih jauh, beliau kemudian
berangkat ke Cambridge University di untuk menjalankan penyelidikan di bawah
bimbingan saintis tersohor
Ernest Rutherford. Pada pada
tahun 1929 beliau kembali ke Amerika Syarikat dan berkhidmat di
Berkeley
dan
CalTech. Robert J. Oppenheimer adalah seorang guru yang
luar biasa dan seorang ahli fizik teori yang hebat.Analisis ramalannya banyak
digunakan oleh saintis-saintis selepasnya untuk menemukan beberapa zarah-zarah
asas fizik partikel seperti neutron, positron, meson, dan bintang-bintang
neutron.

Oleh kerana terlalu asyik dan fokus dalam penyelidikan dan dunia fizik
teori, beliau sering mengabaikan dirinya dari "dunia nyata" di
zamannya pada waktu itu. Sekitar awal 1930-an, dunia sedang berkecamuk dengan
perang dan Oppenheimer sememangnya membenci perang. Namun selepas bangkitnya
sistem pemerintahan diktator pelampau pada tahun 1930-an, perang mula menarik
perhatiannya dan beliau mula memberi tumpuan untuk menyumbang sesuatu sebagai
usasa untuk menamatkan perang dunia kedua. Pada tahun 1939, Niels Bohr
mendedahkan maklumat penting kepada AS bahawa Jerman telah berjaya memisahkan
atom.
Implikasi daripada berita
kejayaan pihak Jerman tersebut, tentera Nazi telah memulakan projek
membina senjata nuclear. Bohr telah meyakinkan Presiden Roosevelt untuk
menjalankan
Projek Manhattan pada tahun 1941. Pada Jun 1942,
Robert Oppenheimer dilantik untuk mengepalai projek rahsia tersebut.
Penyelidikan peringkat awal dijalankan di Columbia University, University of
Chicago, dan di Oak Ridge, Tennessee, namun pada masa yang sama Oppenheimer
berjaya meyakinkan pihak pentadbiran tertinggi AS untuk menubuhkan stesen
penyelidikan baru di Los Alamos, New Mexico. Di sana beliau memberi idea-idea
dan sumbangan penting bidang fizik melalui pengetahuan dan pengalamannya dalam
menyelesaikan masalah dalam projek menghasilkan bom atom.
Beliau akhirnya mengetuai lebih daripada tiga ribu orang termasuk saintis,
pekerja teknikal dan orang-orang yang terlibat dalam Projek Manhattan
untuk menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan teori, proses dan mekanikal
dalam projek tersebut. Projek Manhattan telah berjaya menghasilkan bom berkuasa
nuklear dan ledakan bom nuklear yang pertama berlaku di dunia ialah di gurun
New Mexico pada 16 Julai 1945. Ledakan itu setara dengan 20.000 ton dinamit.
Selepas berjaya menguji bom atom tersebut, dalam masa satu bulan selepas itu,
dua bandaraya di Jepun iaitu
Hiroshima dan Nagasaki,
menjadi sasaran bom atom yang dikenali dengan nama
Little Boy
dan
Fat Man. Jepun menyerah kalah pada tahun 10 Ogos 1945.
Selepas tamatnya Perang Dunia-II, Oppenheimer dilantik menjadi
pengarah
Institute for Advanced Study di Princeton University
pada tahun 1947. Beliau juga menjadi pengerusi Jawatankuasa Penasihat Umum
dalam Suruhanjaya Tenaga Atom, atau AEC, dari tahun 1947 hingga 1952. Sejak
dilantik ke badan tersebut, beliau mula menentang sebarang pembangunan
bom dan senjata yang berkuasa nuklear mula membenci kekejaman perang yang
mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa seperti yang berlaku di Hiroshima
dan Nagasaki.
Oppenhemier juga menentang projek pengembangkan bom hidrogen yang jauh lebih
dasyat akibatnya jika dibandingkan dengan bom atom. Ketika Presiden Truman
meluluskan tentang projek pembangunan bom hidrogen, walaupun tidak membantah,
Oppenheimer pada awalnya enggan bersetuju dengan pentadbiran AS. Pada
tahun 1953, ketika kemuncak perasaan anti AS, Oppenheimer dituduh telah
mendapat simpati komunis, dan jaminan keselamatan (security clearance) diri
dibatalkan. Kontraknya dengan Suruhanjaya Tenaga Atom juga dibatalkan Beliau
juga dituduh oleh pihak keselamatan memiliki ramai rakan yang berfahaman
komunis yang mempengaruhi tindakannya. Komuniti saintifik berkumpul untuk
memberi sokongan dan ia menjadi salah satu simbol dari seorang saintis cuba
untuk menyelesaikan masalah-masalah moral yang timbul daripada
penemuan-penemuan saintifik.
Di tahun-tahun terakhir kehidupannya, beliau banyak berfikir dan menulis
tentang masalah etika dan moral golongan intelektual. Beliau juga menikmati tahun-tahun
akhirnya dengan memfokuskan pada hubungan antara sains dan masyarakat.Di atas
kejayaannya sepanjang bergelar saintis dan penglibatannya dalam Projek
Manhattan, Oppenheimer telah dianugerahi
The Enrico Fermi Award
daripada
Pesuruhjaya Tenaga Atom. Beliau meninggal dunia
kerana menghidapi barah tekak pada tahun 1967.