Jabir Ibnu Hayyan _bapak kimia pertama
- Nama sebenarnya ‘Bapak Kimia’ Jabir Ibnu Hayyan adalah Abdullah
Jabir bin Hayyan bin Abdullah al-Azdi, seorang doktor bangsa Arab yang
unggul menguasai lebih daripada satu cabang ilmu pengetahuan. Beliau pernah tinggal di Iraq iaitu di bandar
Kufah dan Baghdad. Beliau adalah seorang ahli kimia pertama dan terunggul serta
lama berkecimpung dalam bidang tersebut.
- Status Jabir bin Hayyan serta
peranannya dalam pembangunan ilmu kimia adalah seperti penciptaan amali teori
yang khayali kepada fakta sains; telah menobatkan beliau sebagai ahli kimia
Arab.
- Jaber Bin Hayan dianggap sebagai
seorang pujangga dalam penciptaan asas saintifik kimia moden dan buktinya
disaksikan berdasarkan kata-kata para sarjana Barat sendiri. Ilmuan perancis
bernama Berthelot mengatakan: “Bandingan kepakaran Jabir
dalam kimia adalah umpama kepakaran Aristotles di bidang ilmu logic”.
- Ahli falsafah Inggeris Francis
Bacon pula pernah berkata bahawa Jabir bin Hayyan adalah orang yang
pertama memberi pengetahuan tentang kimia kepada dunia dan beliau dianggap
seorang bapa dalam bidang kimia .
- Seorang orientalis Jerman, Otto
Meyerhof pula mengatakan bahawa Jabir telah mencipta satu anjakan
evolusi dalam perkembangan ilmu kimia di Eropah. Ia merujuk kepada ketokohan
Jabir bin Hayyan secara langsung dan bukti terbesarnya adalah banyak istilah
yang diciptanya digunakan dalam pelbagai bahasa di Eropah.
- Sebelum ilmu kimia diiktiraf
sebagai suatu ilmu yang hebat ia dianggap sebagai suatu yang penuh dongengan
dan sangkaan semata-mata di kalangan masyarakat Arab.Pakar-pakar
kimia Islam mengesahkan bahawa segala jenis logam berasal daripada suatu
unsur dan tdak ada perbezaan di antara satu sama lain, kecuali jika unsur
tersebut dicampuradukkan. Apabila unsur tersebut dianalisis dan
disebatikan dengan unsur yang lain,ia menghasilkan suatu logam yang baru
seperti emas dan perak.
- Perspektif yang pelbagai ragam daripada ulama-ulama ini menghasilkan
beberapa pendapat,ke arah mencari hakikat dan mengenal rahsia ilmu itu
sendiri.Kejayaan yang dicapai oleh orang Islam hingga mereka sampai kepada
hakikat ilmiah itu tidak bermakna mereka terhutang sesuatu pada Ilmu
Yunani,yang mana orang-orang Yunani pada ketika itu belum mengetahui dan
mengenali sebahagian besar ilmu mengenai logam yang telah dikuasai oleh orang
Islam pada masa itu.Dalam pada itu ramai juga orang Islam yang telah berjaya
menganalisis sebahagian besar logam secara kimia dan mereka juga berjaya
membezakan asid dan juga alkali. Hal ini dianggap oleh ulama moden
sebagai orang yang pertama mencipta ilmu kimia dalam sifatnya sebagai
suatu cabang daripada ilmu sains.
- Jabir yang dikenali sebagai Gaber oleh masyarakat Barat banyak meninggalkan
buku karangannya dalam ilmu kimia antaranya buku Al-Rahman ,AL-Tajmek
dan AL-Zikbak Sharki serta kitabnya yang paling penting
dalam ilmu kimia iaitu Al-Istitmam. Kitab ini telah
diterjemahkan dalam bahasa Perancis pada tahun 1672. Pada kurun ke-18, kitab
beliau yang bertajuk Al-Sabaaen diterjemah. Hal ini menunjukkan
betapa besarnya sumbangan beliau dalam lapangan ilmu pengetahuan hingga ke hari
ini.
- Kejayaan Jabir dalam bidang kimia tidak hanya tinggal teori yang terkandung
dalam bukunya sahaja malah beliau mempraktikkannya melalui uji kaji makmal
seperti mana ahli-ahli kimia pada zaman sekarang ini. Jabir juga menjalankan
uji kaji terhadap setiap unsur bahan-bahan kimia dengan mencampurkan kesemua
unsur-unsur kimia serta beliau juga berjaya menggnakan unsur-unsur logam mentah
dalam kerja uji kajinya.Lebih membanggakan lagi beliua berjaya membuat kajian
mengenai racun dan penawarnya. Dalam kitab Al-Sabaaen beliau telah membahagikan
racun kepada tiga bahagian iaitu; racun binatang, racun tumbuh-tumbuhan dan
racun batu batan.Segala penemuan beliau adalah kajian dan pengamatan yang tidak
pernah kenal erti jemu.
- Sejak awal perkembangan ilmu kimia, banyak buku tulisan beliau telah
diterjemahkan oleh orang Eropah ke bahasa Latin.Kepakaran beliau diiktiraf dan
beliau juga menyaingi ahli falsafah mantik Aristotle.Di antara buku beliau yang
diterjemahkan dalam bahasa Latin ialah Risalah al-Aflan dan Nihayatul
al-Itqan.Daripada buku-buku inilah orang Eropah dapat mempelajari dan
mengkategorikan logam kimia kepada logam galian,tumbuhan dan juga haiwan.
Selain Jabir terdapat juga ilmuan lain yang berusaha menganalisis dua unsur
iaitu belerang merah dan aksir alhayah yang dapat menyembuhkan
penyakit.
- Kemajuan dan kemampuan ilmuan-ilmuan Islam telah memberi ruang kepada
orang-orang Eropah dalam lapangan kimia dan mereka juga tidak akan dapat
mempelajari dan memberi pendapat-pendapat baru dalam bidang kimia ini.Banyak
kenyataan-kenyataan yang membuktikan orang Arab adalah lebih terkehadpan
berbanding Eropah dalam bidang kimia.Hal ini dapat dilihat melalui istiliah
kimia itu sendiri yang berasal dari perkataan Arab.Ia di sebut dalam bahasa Perancis
sebagai al-cime dan dalam bahasa inggeris sebagai chemistry
begitu juga dengan perkataan alkawiyat menjadi alkali
dan perkaetaan al-ambiek menjadi alembic.
- Kemajuan orang Islam dalam lapangan ilmu kimia ini dapat dipraktikkan di
sektor perindustrian dan juga di universiti-universiti untuk menjalankan
penyelidikan.Pada hari ini ia dikenali sebagai kimia industri dan di UPM
sendiri ada menawarkan kursus BS(K) Kimia Industri,Kimia Petroleum dan Major
Kimia begitu juga di universiti-universiti tempatan yang lain.
- Saya ingin memetik kata-kata seorang sarjana Nusantara Almarhum Prof
Dr. HAMKA pernah mengingatkan kita didalam bukunya Falsafah
Hidup katanya “1000 orang bodoh jika meninggal dunia tiada
siapa yang tahu tetapi jika seorang ilmuan meninggal dunia pasti ramai yang
mengetahuinya“, bila melihat bagaimana para ulama’ dan salfussoleh
menuntut ilmu rasa kagum dengan mereka kerana tahap kesabaran dan ketekunan
yang tinggi contohnya seperti Imam Al-Ghazali sendiri mengambil masa yang lama
untuk mengarang kitabnya yang mahsyur Ihya’ Ulumuddin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar